Tuesday, July 15, 2008

Kebaikan Membaca

Kegemaran saya ialah membaca buku. Membaca amat baik kerana ia memperbaiki penggunaan bahasa kita. Membaca juga menambahkan ilmu pengetahuan saya.

Apabila guru menyuruh saya membuat karangan, saya mendapat banyak idea-idea untuk ditulis. Guru saya selalu akan berkongsi karangan saya bersama kawan-kawan yang lain.

Membaca juga merehatkan fikiran saya. Setiap hari, saya akan membaca buku selepas penat membuat kerja. Terutama buku-buku yang mempunyai unsur-unsur lucu.

Secara keseluruhan, membaca amat baik.

No comments: